Saturday, 24 October 2015

Buku Cam Ni Cam Tu






Tajuk: Cam Ni Cam Tu
Penulis dan Pelukis: Cikgooden
Penerbit: Tiga Ros Trading Sdn Bhd (Program Pengkarya Guru KPM)
Harga: RM20

Catatan:
Kalian orang Batu Kurau, Perak?
Kalian suka mengimbau kenangan zaman kecil-kecil atau bernostalgia tentang semalam atau hari dulu.
Buku ini memang untuk kalian. Ataupun jika kalian bukan bercirikan kriteria di atas, kalian patut beli buku ini sememangnya bagus. Cikgooden menulis dan melakar seputar pemerhatian dan pengalamannya menjadi seorang pendidik dan menjadi seorang manusia juga.

Kredit gambar: FB Cikgooden
T

Friday, 27 February 2015

Kembali Berblog

Saya pernah ada blog.
Tiba-tiba ia hilang macam itu sahaja. Hilang yang saya tidak tahu apa puncanya. Rawan juga hati kerana blog itu menukilkan banyak benda tapi saya biarkan sahaja kerana, barang yang lepas buat apa dikenang! Hari ini saya kembali semula berblog walaupun saya sendiri tidak tahu tahap kerelevanannya blog ini setelah munculnya pelbagai aplikasi media sosial yang lain...
Ya ... ini cerita tentang dunia tulis. Dunia Baca dan Dunia Penyuntingan. Harapnya ia membawa berkat dan berpahala untuk saya.

Salam mula.